Sepupuku Suamiku

hye
iema kembali update blog
sowie la ye dah lame sangat tak update blog nie
sejak dah ada novel kat rumah nie, laptop langsung tak pandang

hari toe p pinjam novel kat kakak sepupu iema
cadangnya nak pinjam 1 novel je
sampai rumah kakak sepupu, 7 biji novel iema bawak balik
kalau diikut kan nak bawak balik semuanya
kang tamak pulak... tak cukup nanti bakul motor
tak tawu nak baca yang mana 1
ok la toe, 2 atau 3 minggu lagi boleh datang pinjam lagi

masa tengah pilih2 novel toe, iema tertarik satu tajuk novel nie
"Sepupuku Suamiku"
sebelum nie iema ada bermimpi yang jodoh iema dengan sepupu iema sendiri
tapi tak pasti la siapa sepupu iema toe
dalam mimpi toe, wajah dia tak berapa jelas 
bila terjaga, iema mula berfikir
betul ke nie? siapa kah dia?
bila diingatkan kembali, iema tak ada sepupu yang umur dalam 20 tahun ke atas atau belum kahwin
belah mak, semua sepupu iema dah kahwin
belah abah, masih kecik, budak2 lagi
ke ada sepupu iema yang belum iema kenal erk?
nak tanya mak atau abah, macam pelik pulak jadinya nanti

iema baru start baca novel toe malam tadi... kalau di ikutkan apa yang iema baca

yang perempuan toe memang menaruh harapan dengan sepupu dia...tapi sepupu dia bertunang dengan perempuan pilihan hati dia...bila majlis perkahwinan makin hampir sepupu dia tiba2 putus tunang... sebab perempuan toe pilih lelaki lain...disebabkan tak nak batalkan majlis yang tinggal 2 minggu lagi toe dan tak nak dapat malu, mak dia buat keputusan majlis diteruskan dan pengantin perempuan diganti dengan sepupu yang memang menaruh harapan dengan lelaki toe...
lepas balik honeymoon, kat airport yang isteri nie pergi tandas...tiba2 si suami nie terjumpa bekas tunang dia...start dari situ, bekas tunang dia mula menganggu dia..asik call, yang isterinya pulak dah mengandung...

kalau nak tawu kisah seterusnya, p la beli novel toe ye
nanti iema cerita tak best pulak nanti...
yang pasti, memang kelakar..siap iema ketawa dan senyum sorang2 lagi
iema ketawa pelan2 taw, boleh gitu...
kang nanti mak abah iema kata iema gila.. sadiss
nasib baik la kat rumah nie jarang orang sangat
kalau ikut mimpi iema toe, bila iema dah fikir banyak2 kali, kalau itu yang akan terjadi mungkin dia la jodoh iema... walau iema tak pasti siapa dia... jodoh tak boleh nak tolak... itu la yang ditakdir untuk kita... apa pendapat korang pulak?

Tamak Bebenor!!!

hye
baru hari nie iema dapat update entri
semalam tak dapat nak sentuh laptop sebab adik2 iema guna laptop bergilir2
laptop adik rosak, laptop kakak dia la yang jadi mangsa
sabar je la, nasib baik sayang... hihi ^__^

semalam sedara iema ade buat kenduri
sambut sekali hari jadi anak dia
time makan semalam, iema amik 2 ketul ketupat, 6 cucuk sate, sambal kacang dengan rendang
sampai meja makan, ade orang tegur
"ai, sikit nya makan... diet ke... badan kurus kering tak payah nak diet2 la... makanan banyak lagi... tak payah nak malu2 nak makan... kalau aku tak ada la nak makan macam nie kat sini..."
huh... dengar macam toe, sakit pulak hati nie... panas je rasa nya (padahal cuaca hujan semalam)
dalam hati iema kata, tak cukup boleh amik lagi... jangan nak tamak sangat
tak sampai hati nak cakap terus terang, nanti kurang ajar pulak dengan orang tua

bila tengok pinggan mangkuk kat depan dia, pergh jangan cakap la
lemang 1 pinggan, ketupat 1 pinggan, sambal kacang 1 mangkuk, rendang 1 mangkuk, kari ayam dengan nasi 1 pinggan, sate 1 pinggan
pergh... manusia nie tak agak2 nak makan.. makan berdua je kot
tamak sangat... kalau lapar pun amik la sikit2... kalau tak cukup boleh amik lagi
tak lama toe salah sorang bangun p amik puding dengan kuih muih pulak

last2 apa jadi taw?
lemang, ketupat, sate tak habis
diorang bagi anak sedara iema sate, nasib baik dia nak
yang lain2 dibiar je kat atas meja
apa lagi, cepat2 diorang bangun, mintak kek kat tuan rumah dan angkat kaki
macam toe je... diorang pergi pun dengan muka tak malu / selamba
ada jugak orang macam nie kan

toe la tamak sangat... nak bungkus untuk orang lain pun tak sanggup
ye la, tak kan nak bagi bekas makanan orang kat orang lain
nak bagi kat diorang, awal2 diorang dah angkat kaki dah dari rumah toe
dah 1 pembaziran... amik makanan tak agak2
macam tak pernah makan setahun
geram pulak orang macam nie