Saya Memerlukan

hye...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56
esok iema dah start sibuk untuk membantu sedara mara iema
anak sedara iema ada periksa besar tak lama lagi
so mak bapak dia nak buat kenduri sikit
sekali sambut hari jadi anak dia
ada makan2 dengan seluruh keluarga kami

______________________________________________________


nampak dalam gambar toe?
"SAYA MEMERLUKAN"
wah, ayat dia punya cantik untuk menarik minat iema klik link dia toe
tapi bila iema halakan cursor kat link toe, keluar link selain blog


maaf ye, iema bukan senang2 nak terus klik link korang bagi kat Cbox iema nie
mungkin alasan nya, memang link blog tapi nak dipendekkan sebab link blog panjang sangat
(fikir positif)
la ye ke, tak apa 2x
tapi maaf iema tak akan klik selain link blog
MINTAK MAAF YE...
terima kasih sudi singgah blog iema nie
lain kali datang lagi, bagi link blog sebenar
kalau malas nak taip link blog yang panjang toe, highlight je link korang toe dan copy


lepas toe paste... senang je kan... tak susah pun
ada banyak lagi yang tinggalkan jejak kat Cbox iema nie
ada yang masih bagi link selain link blog...maaf, iema tak akan klik

Giveaway 2013 By Jaja


klik banner untuk join
senarai hadiah yang dipilih
  • Flock Design alphabet/love/shape
  • Polaroid Camera
  • Bawal plain turquoise bidang 45

Puji Anak Orang Lebih-Lebih, Anak Sendiri Dikutuknya

hye
iema kembali setelah beberapa hari tak berupdate entri
bzy lorh... beraya kat rumah jiran dengan mak
baru dapat beraya sebab mak iema puasa sunat sebelum nie

iema nak kongsi la sikit apa yang dah berlaku sepanjang iema beraya kat rumah jiran iema
iema datang beraya pun makan biskut raya orang
tak ada la iema menyampuk orang tua bercerita atau bergosip
kalau diorang tanya baru la iema bukak mulut
toe pun jawap apa yang ditanya

dalam orang2 tua nie bergosip, ada la topik puji2 iema sekali
bukan nak bangga, tapi tak patut kot buat macam toe depan anak sendiri
dia kata la, iema nie rajin tolong ke dapur
pandai masak, semua benda boleh buat termasuk buat kuih / biskut raya
kebetulan tahun nie iema amik tempahan biskut raya hari toe kan
kalau anak aku kat rumah nie, pergi dapur pun tak ada
kalau bukan kerana aku yang masak, tak ada la lauk2 kat rumah nie
macam2 la dia cakap... tak sanggup iema nak kongsi lagi

masa dia cakap macam toe, iema tengok la muka anak dia toe
memang merah gila muka anak dia toe
malu la kan... kalau iema pun malu jugak
sepatutnya, sebagai mak tak ada la malu kan anak sendiri depan orang lain
puji la sikit2 tentang anak dia toe
paling tidak pun puji la anak dia pandai buat perkara lain

semua orang tak sama.. minat masing2 lain2
iema minat masak... mungkin anak dia minat benda lain
jangan la nak samakan anak sendiri dengan anak orang kan
alhamdulillah, mak iema belum pernah nak malukan anak sendiri depan orang lain
paling tidak pun, mak iema cakap sesuatu bila dah sampai kat rumah sendiri
toe pun tak ada la lebih2 nak cakap pasal anak orang lain

ok la sampai di sini sahaja iema nak kongsi cerita iema nie kat korang
kalau ada lagi, iema kongsi ye... bubye ^__^
mood : nak sambung main game kat Facebook

GIVEAWAY WELCOME TO MY BLOG by AWLA MUKHLISAH BEAUTY SHOP


SYARAT-SYARAT WAJIB tetapi sangat SIMPLE :

1. - Warganegara Malaysia yang mempunyai alamat tetap di Malaysia.

2. - Mempunyai Blog sendiri

3. - Wajib Follow blog Awla (kalau dah follow tu teruskan follow Awla ya :)

4.     - Wajib LIKE Page " Awla Mukhlisah Beauty Shop "

5.     - Wajib Follow twitter Awla bagi yang ada Twitter : " https://twitter.com/AwlaMukhlisah "

6.     - Copy banner kat atas dan letakkan dalam entri.

7.     - Buat Entri bertajuk "GIVEAWAY  WELCOME TO MY BLOG BY AWLA MUKHLISAH BEAUTY SHOP "

8.     - Letakkan link entri segmen di ruangan komen di entri GIVEAWAY ini sahaja. 'pastikan WORD VERIFICATION takde ye'


ANTARA HADIAH LUMAYAN UNTUK PARA PEMENANG ! 

  yang paling HOT.. "


# Pemenang akan dipilih melalui perkhimatan RANDOM.ORG 

melalui Awla Mukhlisah Beauty Shop sendiri :)


P/S : Kalau nak dapatkan hadiah yang lumayan ini, kena rajin2 la share ya.
 In Sha Allah akan ada peluang nanti ! ;)
 All The Best ya ! :)



Regards Luv,
Awla Mukhlisah Beauty Shop :)

Duit Raya, Duit Raya


biskut raya dah berkurang... duit raya dah habis
rumah pun dah lengang
nak tahu sebab ape?
sebab tahun lepas iema bagi budak2 duit raya 50 sen je
haha... bukan kedekut taw... nak bagi sedar sikit kat budak2 nie

diorang datang rumah pun bukan nak makan atau minum
diorang nak duit raya je
diorang nie datang rumah orang bagi salam
tuan rumah jemput masuk, diorang duduk jap
tak sampai 5 minit diorang kata nak balik
biskut dan air tak luak langsung
tisu je berterabur kat atas meja
tisu toe pun diorang bagi renyuk je
tak ade kesan kotor pun
ape lagi, duit raya 50 sen la
nak sangat duit raya kan... amik la

cerita tahun nie
budak2 lalu je depan rumah... tengok je kat arah rumah iema nie
tak singgah pun
diorang tawu, confem dapat duit raya 50 sen
budak2 kan... kalau sabar dah terlebih bersabar sangat

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Beauty in Everything - Photography

wah... lama sangat tak update entri kat blog nie
kesibukan melanda semenjak 2 hari sebelum raya lepas
raya pertama dan kedua, sibuk melayan sedara mara
al maklum la, diorang raya ketiga dah tak ade kat Johor nie
semua p Kelantan sebab akak sepupu iema kahwin pagi raya keempat (hari nie)
alhamdulillah, dia selamat diijabkabul dan sah menjadi suami isteri
maaf, tak dapat datang.. doa sahaja dapat mengiringi kamu berdua

tapi elok jugak iema tak dapat p sana
tak pasal2 menyusahkan sedara mara iema nanti
tiba2 semalam iema sakit perut dan dada yang amat sangat
memang tak boleh bangun la.. makan pun tak lalu
tahun nie da kurang makan biskut raya :(
iema nak sampaikan ucapan nie terutama kepada semua rakan2 blogger iema
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
TERIMA KASIH SUDI BERKAWAN DAN TEGUR IEMA WALAUPUN KITE TAK KENAL :)
Eid Mubarak :)